10 March 2008

Angka 13 Pat Lah yang tak 'ong'.......

Plat kereta rasmi Pat Lah nombornya 13, pada Februari 13 Pat Lah membubarkan Parliamen dan bilangan hari untuk berkempen juga adalah selama 13 hari. Nampaknya,"fung shui" Pat Lah pada angka 13 itu tidak begitu "ong" kali ini kerana buat kali pertama dalam sejarah politik tanah air parti memerintah, BN/UMNO kecundang teruk pilihanraya ke-12 ini.

Pat Lah bukan setakat gagal mempertahankan majoriti 2/3 di Parliamen, tetapi 5 buah kerajaan negeri juga terjun bersama beberapa orang menteri utama dalam kabinetnya. Keupayaan untuk Pat Lah terus memerintah diselamatkan oleh kemenangan hampir semua calon Parliamen BN dari Sabah dan Sarawak, kecuali satu yang dimenangi oleh DAP,iaitu Bandar Kucing. Tanpa sokongan daripada calon-calon BN Sabah dan Sarawak, kemungkinan gomen Pat Lah juga akan tersungkur. Kedudukan terakhir kerusi-kerusi Paliamen adalah seperti berikut:- BN - 140; PKR - 31; DAP - 28; PAS - 23. Jumlah 222.

Kejatuhan 5 buah negeri ke tangan pembangkang juga telah mengejutkan ramai orang, parti-parti pembangkang dan BN, kerana anggapan orang ramai kerajaan negeri selain daripada Kelantan dan Terengganu adalah sentiasa kukuh. Orang ramai juga percaya dengan asakkan janji pembangunan yang bertimbun-timbun serta taburan duit bermillion-million seperti dijanjikan oleh Pat Lah, yang sering berulang alik secara bergilir-gilir dengan Najib kali ini mungkin dapat menawan rakyat Kelantan, namun hasrat Pat Lah tidak kecapaian. Malah, Awang Adik yang diwar-warkan untuk menjadi MB tewas di kedua-dua kerusi DUN dan Parliamen, bukan setakat itu saja BN yang dulunya hampir-hampir menewaskan PAS dalam 2004 dengan bilangan kurang satu kerusi saja, kali ini hanya dapat meraih 5 buah kerusi saja, itu pun dengan majoriti yang kecil.

Umumnya mengetahui tujuan utama Pat Lah mengadakan pilihanraya ke-12 ini awal setahun bagi tujuan mendapatkan mandat baru bukan kerana Pat Lah mendapat ilham kerana kepercayaan kepada angka keramatnya 13 atau kerana dinasihati oleh Jeanne dan Khairy tetapi semata-mata takut hendak berhadapan dengan Anwar Ibrahim secara one to one, kerana ehdah untuk berpolitik bebas saudara Anwar Ibrahim akan bermula selepas 15 April ini. Ketakutan dan kekalutannya itu menyebabkan Pat Lah salah menghitung hari, kerana Pat Lah "ingat" Anwar sudah lagi tidak relevan.

Gelombang kebangkitan rakyat yang mendadak itu tidak mungkin bangkit dengan sendiri dan perlu ada seorang yang dapat menerajuinya dan dalam suasana beginilah muncul Anwar Ibrahim dengan karisma dan gaya oritorinya telah memukau ribuan orang dalam setiap ceramah yang diadakan di serta pelusuk negeri ini, tak kira sama ada di tepi jalan atau di kawasan perumahan atau di kawasan sawah dan ladang-ladang tani. Aura Anwar Ibrahim tetap menyengat dan memukau.

Pat Lah,UMNO dan BN tidak perlulah memberi alasan yang berbagai-bagai,kerana dari segi logistik,wang ringgit dan susunan berkempen nyata sekali BN mempunyai kelebihan yang luar biasa. Tetapi,kerana sikap sombong,angkuh dan terlalu bangga diri dengan kuasa serta wang ringgit yang ada pada mereka itu BN lupa tanggungjawab sebenarnya sebagai wakil rakyat yang memilih mereka dalam setiap pilihanraya.

Selama 50 tahun rakyat sudah muak dengan terlatah pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang sudah jauh lari daripada perjuangan asalnya. Dengan wang ringgit mereka sanggup membeli apa saja, dengan kuasa mereka sanggup buat apa saja dan dengan menguasai media massa mereka menaburkan fitnah yang bermacam-macam terhadap pembangkang sehingga orang ramai naik bosan dan meluat, seolah-olah mereka saja yang betul,orang lain semuanya salah.

Kesanggupan Pat Lah untuk lena waktu bekerja dan membiarkan menantunya Khairy untuk bermaharajalela juga adalah punca besar kekalahan BN/UMNO. Terpulanglah kepada UMNO/BN untuk menilai campur tangan orang muda ini wajar atau tidak.

Kepada semua calon-calon pembangkang yang telah berjaya tahniah disampaikan. Mudah-mudahan debat di Parliamen kali ini akan lebih bermutu, kerana kualiti MP baru dari pembangkang bukan calang-calang orang kerana ramai adalah terdiri daripada cendiakawan belaka. Jangan lupa kepada orang yang telah membawa pembangkang duduk semeja dan mengatur strategi bagi memperolehi kejayaan besar pihak pembangkang iaitu Anwar Ibrahim.

Bagi Pat Lah,nasibnya akan ditentukan oleh UMNO, walaupun semua ahli dan tokoh-tokoh utama parti itu telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepadanya,namun jauh di sanubari mereka itu siapalah yang tahu? Pokoknya sudah sampai masa untuk Pat Lah berundur kerana Pat Lah terlalu banyak tidur dari bekerja, bercita-cita besar, koridor di sana sini tetapi keperluan asas rakyat masih tidak ditangani. Apakah nasib BN/UMNO akan menjadi lebih cerah pada pemilu ke-13 nanti, itu pun kalau Pat Lah masih percaya kepada angka 13nya, atau pun Pat Lah sendiri tidak sempat menyertai pemilu ke-13 nanti kerana disingkir oleh UMNO ?

Kalau Pat Lah dan rakan-rakan UMNO lain memikirkan bahawa Anwar sudah tidak lagi relevan, namun mereka akan kecewa kerana Anwar is here to stay. Yang Razali Kassim, senior fellow at the S. Rajaratnam School of International Studies berkata," Anwar has, in a dramatic way, shut up all the Umno leaders, Abdullah and Najib included, who have dismissed him as irrelevant."


cheers.

(berehat seketika lepas penat p/raya,see U soon)


1 comment:

Anonymous said...

Can Nik Aziz or Anwar Ibrahim tell this hadi Awang speak with WISDOM or remain silent .... as a mark of a true Muslim leader in a multi-cultural-religion country ..

he is beginning again to sound very irritating ...