29 March 2008

22 ADUN Terengganu bila nak letak jawatang....

Bila Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu, Rosol Wahid yang mewakili 22 Adun BN menyatakan mereka telah berikrar akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang dijadual diadakan di Istana Tamu, Kuala Terengganu keesokannya.



Rosol juga menegaskan bahawa kesemua mereka berdiri teguh di belakang Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Idris Jusoh dan bersedia meletak jawatan sebagai ADUN jika jawatan Menteri Besar Terengganu tidak dikembalikan semula kepada Idris Jusoh.

Mesyuarat MT UMNO Khamis lalu yang dihadiri oleh semua ahli termasuk Idris Jusoh telah memutuskan untuk menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Oleh yang demikian masalah perlantikan MB Terengganu pun selesai.Namun demikian ramai rakyat Terengganu berasa kecewa dengan tindakan 22 orang ADUN ini dan meminta sesuatu dilakukan kerana bukan saja mereka itu biadab tetapi telah menderhaka kepada Sultan mereka.


Kenyataan Rosol Wahid bahawa "mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika Idris tidak dipilih. Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi". (Mingguan Malaysia, 23 Mac 2008)

Sanggupkah kesemua 23 orang ADUN mengambil tindakan untuk mengosongkan kerusi masing dan biar diadakan pilihanraya kecil di 23 buah kerusi tersebut?

Cepatlah letak jawatang....

On another note....the BN government introduced a law to disallow resignation in order to seek new mandate. Under that law it penalizes any legislators who resign before their term ends. Anyone who resign will be barred from contesting in election for 5 years. So, do you think these 22 ADUN are going to take that risk?

Kalu dah letak jawatang cam mano nak cari makang......

cheers.

1 comment:

Zanie said...

Ha ah letok ah jawatang tuh. Aku dok sabo doh nok ngundi semula ni! Kali ni muking dok dang doh sek-sek SPR, JPA, syarikat bas nok akut hantu dari luor.
Geng 23,jangang jadi bangang, baru minggu lepah kata nok letok. Letok ah derah-derah!