21 January 2008

Kenapa tidak biar PAS saja berhadapan dengan UMNO di Kelantan...

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan". Malahan, katanya, Pas lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.- Bernama.

Semalam, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang pula telah menyatakan bahawa PAS akan terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan pelbagai NGO lain berhadapan pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung awal Mac ini. Mengulas isu itu Hj. Hadi berkata, laporan itu adalah bohong kerana laporan di antara satu media dengan media lain adalah tidak sama.Malah, katanya TV3 dalam laporannya tidak menyiarkan visual Mursyidul Am mengenai dakwaan itu sebaliknya hanya menyiarkan tulisan sahaja.

Saya rasa ada baiknya PKR membiarkan PAS bertanding satu lawan satu di semua kawasan kerusi Parlimen dan DUN negeri Kelantan. Situasi di Kelantan adalah sangat unik dan hanya PAS saja yang boleh menanganinya. Ketika PAS bersama Semangat 46 dulu,situasinya adalah berlainan kerana sebahagian besar tokoh utama Semangat 46,termasuk ketuanya,Ku Li berasal dari Kelantan.

Dalam pilihanraya 2004,gandingan PAS dan PKR telah banyak merugikan PAS,sehingga PAS hampir tewas.PAS telah banyak bertolak ansur dan membenarkan PKR bertanding di beberapa buah kerusi namun semua calon PKR tewas. Dalam konteks lain PAS di Kelantan boleh survive dengan sendirinya. Di Pulau Pinang lain pula senarionya,kerana DAP tidak boleh membentuk gomen kecuali dengan bantuan PKR dan PAS.

Sebagai ganti PAS boleh membenarkan PKR bertanding di lebih banyak lagi kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Persefahaman ini adalah lebih bermanafaat daripada cubaan PKR hendak mempertaruhkan nasibnya di Kelantan.

Imej PKR sebagai sebuah parti berbilang kaum mungkin tidak menarik bagi pengundi Melayu di Kelantan,kerana bagi orang Kelantan untuk memilih parti yang berwajah berbilang kaum, mungkin BN adalah alternatif yang lebih baik dan menguntungkan berbanding dengan PKR.

Kita juga perlu ingat bahawa bagi sebahagian besar penggundi Melayu Kelantan ini soal-soal ekonomi,masalah kehakiman, penyalahgunaan kuasa,rasuah dan sebagainya bukanlah satu isu besar bagi mereka. Bagi mereka masalah periok nasi tidak berisi,harga barang keperluan harian yang meningkat,bekalan letrik dan air yang berkurangan serta kos penghantaran anak mereka ke sekolah yang kian meningkat menjadi masalah harian mereka. Mana-mana parti yang boleh menyelesaikan masalah yang 'immediate' itu, parti itulah akan menjadi pilihan mereka.

Rakyat Kelantan sudah serasi dengan PAS dan Menteri Besar Nik Aziz lebih merupakan seorang Tok Guru mereka yang disanjung tinggi serta dihormati daripada taraf beliau sebagai seorang MB. Gaya hidup Tok Guru begitu 'appeal' dengan selera hidup orang-orang Kelantan.

Yang menjadi masalah bagi rakyat Kelantan adalah penyanggak- penyanggak UMNO yang mencuba berbagai-bagai helah termasuk menabur jutaan ringgit untuk memancing undi mereka. Sekarang,
ada pula ada desas desus tentang kehadiran ribuan pengundi hantu yang akan membuang undi bagi pihak UMNO dalam pilihanraya yang akan datang ini. Sama ada ini benar atau tidak, allahu a'lam.

Namun demikian, jika pilihanraya 2008 ini telus dan pertandingan dibuat secara adil atas medan yang sama rata,UMNO akan terkubur! Orang yang terbaik untuk menangani masalah di Kelantan adalah Tuan Guru sendiri dan parti PAS.

Bukan saya tidak setuju dengan pakatan PAS-PKR di Kelantan, tetapi just for Kelantan's sake, kenapa tidak biar PAS berhadapan dengan UMNO one to one?

Over to you Sdr. Anwar and your PKR colleagues....

Ini hanyalah satu cadangan saja.....

cheers.

6 comments:

Anonymous said...

Kita berharap PKR akan lebih bertolak ansur di Kelantan dan Trengganu.Rasanya PKR bolehlah mendapatkan kerusi yang lebih dilain-lain negeri seperti Perak atau Selangor.

rehman_razak said...

Sebenarnya Pas harus berikan lebih banyak peluang kepada PKR di Kelantan dengan memberikan beberapa kerusi yang selamat. Sebuah kerajaan BA yang diterajui oleh PAS dan turut diwakili oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah lebih baik dan menggambarkan jiwa besar PAS bahawa mereka serius menawarkan diri mentadbir Malaysia yang berbilang kaum. Pas akan tetap dapat kerusi majoriti BA Kelantan. Jadi tak timbul isu pas tidak boleh mengetuai kerajaan.

Namun mungkin kerana pada tahun 2004, Pas hanya menang satu kerusi berbanding Umno, maka Pas mula panik dan bimbang jika kerusi yang di menangi PKR akan berpatah arang menyokong BN...

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

"Dalam pilihanraya 2004,gandingan PAS dan PKR telah banyak merugikan PAS,sehingga PAS hampir tewas."

Dulu aku dah kata, kalau menang, pasai Pas. Kalau kalah, pasai PKR.Tahun 2004, PKR bertanding hanya dua kawasan DUN. Itu pun DUN reject. Paloh dan Nenggiri dalam Parlimen Gua Musang. DiGalas, Pas pun kalah. Macam mana dua kerusi yang PKR kalah tu menjadi sebab Pas hampir kalah di Kelantan? DiParlimen Kota Bharu, PKR kalah tapi semua DUN dalam Parlimen Kota Bharu yang ditandingi oleh Pas semua menang?

"PAS telah banyak bertolak ansur dan membenarkan PKR bertanding di beberapa buah kerusi namun semua calon PKR tewas."

Jangan main tuduh, brader. Dari 45 DUN, hanya 2 diberi kepada PKR, itu pun DUN reject, macam mana kata Pas banyak bertolak ansur?

"Imej PKR sebagai sebuah parti berbilang kaum mungkin tidak menarik bagi pengundi Melayu di Kelantan"

Yang ni aku setuju, sebab orang Melayu ni sudah lali dengan perkauman. Umno dengan bangsa melayu, Pas dengan Islam. Kat mana pun, Pas gunakan alasan ini:imej PKR tak sesuai dengan pengundi Melayu. Bukan kat Kelantan saja, kat semua negeri macam tu.Kalau betul imej Pas sesuai dengan pengundi Melayu, aku rasa Pas tak kan kalah diTerengganu.

"Sebagai ganti PAS boleh membenarkan PKR bertanding di lebih banyak lagi kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia."

Kat negeri-negeri lain, banyak dah selesai dah.Kat Perak dah lama selesai. Nak harapkan PAs bertolak ansur, memang susah sebab sikap tamak dan angkuh ada dimana-mana. Kat Perak, Pas 19 PKR 17. Sapa yang bertolak ansur?

"Bukan saya tidak setuju dengan pakatan PAS-PKR di Kelantan, tetapi just for Kelantan's sake, kenapa tidak biar PAS berhadapan dengan UMNO one to one?"

Itulah yang diputuskan oleh PKR Kelantan. Dan dah lama dah keputusan ini dibuat, dan PKR Kelantan pun tak mau bising-bising. Sepatutnya Nik Aziz pun diam-diam saja sudah lah. tapi bila buat komen bukan-bukan, tanggung sendiri lah.

dan untuk komen alhusseyn diatas, nak tolak ansur macam mana lagi? Dari 45 kerusi DUN diKelantan, PKR hanya diberi 3 kerusi, itu pun kerusi maut. 2 diGua Musang, satu lagi lawan Annuar Musa. Ada akai ka? Tok sah kata nak kerjasama, ini nak bunuh kawan. Kat Terengganu, 4 dari 32 DUN untuk PKR. Nak tolak ansur macam mana lagi? Kat Perak hang kata PKR boleh dapat kerusi lebih, tu pun Pas yang lebih!

Tok sah tamak sangat la.

Amin Ahmad said...

PAS tak boleh salahkan PKR sebenarnya. Dalam hal ini TG Nik Aziz tak patut keluarkan kenyataan begitu, tapi aku lebih percaya kata TG Haji Hadi bahawa itu tipu. Patut TG Nik Aziz pi saman media ni.

Dah tau dekat-dekat PR ni, bykkan la berdiam dan cakap perkara yang perlu saja. Jangan kerana 1 cakap benar yang dimanipulasi, 1 kezaliman yg lebih besar terus terlaksana. Kita kena pilih mudarat paling kecil.

PAS juga boleh bereksperimen bagaimana PKR boleh meningkatkan mutu perbahasan di Parlimen dan corak politik baru di mana Islam akan lebih dilihat punya autoritatif dan tidak terperangkap dgn cerita politik lama yang mmg dalam percaturan UMNO. Dgn sikap terbuka PAS, insyaAllah mereka yang bukan Islam akan dapat melihat ruang yang lebih luas untuk mereka dicerahkan dengan hujah2 yang mewakili kesegaran dan ketrampilan Islam.

Tapi PAS kena beringat, biarlah calon tu dapat membawa gambaran yang jelas tentang Islam dan tidak mudah didorong emosi.

dohwie said...

macamana nak memerintah negara kalu isu kecil mcm ni pun nak berebut2 pulak. Tengoklah mcmana BN mengatur strategi. Jangan sombong tuan guru. Perpaduan itu bukan hanya nak menang kerusi, perpaduan ialah apa jua keadaan tetap bersama. Kalau tengok gaya mcm ni... lebih kurang je dgn Pak Lah. Syarikat anak beranak.

Anonymous said...

Satu perkara yg perlu kita sedar ialah jentera. PKR boleh minta banyak mana kerusi kalau PKR boleh justified. Misalnya PKR ada 100 cawangan, jawatankuasa bergerak aktif sejak 2004 saya fikir PKR has stong enough utk minta lebih.

PKR Kelantan bermasalah sejak 2004 lagi. Masalah dalaman PKR sedikit sebanyak merisuakan PAS.

Saya bagi contoh Sabah dan Sarawak, PKR mahu bertanding hampir majoriti kawasan namun bila sampai hari pencalonan ada kawasan yang PKR gagal hantar calon.

So pokoknya saya percaya PKR mempunyai alasan yang kukuh untuk mendapat kerusi lebih jika mereka mempunyai grassroot dan jentera yang kuat.