18 December 2007

Penguguran tuduhan membunuh terhadap 31 penyokong Hindraf bertujuan untuk selamatkan Samy Velu....

"Attorney-General Abdul Gani Patail today dropped the attempted murder charge against 31 Hindraf supporters who were alleged to have gathered illegally and caused severe injury to a policeman at the Batu Caves temple in the early hours of Nov 25." However further charges of causing mischief and illegal assembly against 26 of them remained.- Malaysiakini

Its only fair,now, if Pat Lah can do the same for Azman, Suwandi and 18 others during the Batu Buruk incidence on 8 September 2007.

Tindakan gomen melalui Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan membunuh terhadap 31 orang penyokong Hindraf adalah bertujuan untuk menyelamatkan masa depan politik Samy Velu dan untuk meraihkan sokongan kaum India terhadap gomen yang kini semakin merudum.

Pat Lah telah bertindak untuk menahan beberapa orang pemimpin Hindraf dibawah ISA dan tindakan menahan tanpa bicara selama 2 tahun ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat zalim. Untuk mengelabui mata masyarakat kaum India serta mengendurkan ketegangan tersebut Pat Lah terpaksa bertindak demikian,supaya dia akan dilihat sebagai seorang PM yang bertimbang rasa dan boleh menghayati perasaan masyarakat kaum India di Malaysia. Dalam ertikata lain Pat Lah cuba nak muncul sebagai hero masyarakat India Malaysia.

Bukankah tindakan Pat Lah ini sebagai cubaannya mencampuri dalam hal urusan kehakiman? Tindakan mudah Peguam Negara menarik balik pertuduhan membunuh,yang sepatutnya tidak harus dikenakan itu menunjukkan macam mana seorang Peguam Negara boleh dimanipulasikan oleh tuannya. Nyatalah bahawa Peguam Negara tidak bertindak mengikut 'conscience'nya tetapi mengikut telunjuk orang-orang kuat UMNO.

Samy Velu gembira dan berterima kasih atas peristewa ini,tetapi persoalannya Samy Velu nak bereterima kasih buat apa,bukankah semua ini berpunca daripada kebodohan Peguam Negara gomen yang membuat sesuatu pertuduhan yang tidak menasabah dan tidak masuk akal. Bukankah tragedi mengepung dan menembak gas pemedih mata dan pancutan air kimia di Batu Caves tempoh hari oleh FRU dan polis dibuat atas arahan orang-orang kuat MIC? Samy Velu sudah tidak ada tempat lagi dikalangan masyarakat India. Samy Velu bukanlah macam pemimpin-pemimpin MIC yang terdahulu seperti Sambanthan dan Manikavasagam yang amat rapat dengan masyarakat bawahan kaum India ini.Samy Velu adalah seorang yang 'bossy',
bercakap besar dan tidak menghormati lawan serta kawan-kawan yang suka mencabarnya.

Masalah saham Maika masih menghantui Samy Velu kemana saja dia pergi.Ramai kaum India hairan bagaimana saham Maika yang bernilai berjuta-juta ringgit itu tiba-tiba lenyap begitu saja.Malah setiap kali bila ada mesyuarat agong Maika,pemegang-pemegang saham ini diugut dan dikasari oleh "gangster" peliharaan Samy Velu agar isu saham Maika ini tidak dibangkitkan. Maka tidak hairanlah,MIC dibawah Samy Velu sudah terikut-ikut macam UMNO yang hanya tahu hendak mengayakan kroni-kroni mereka sedangkan rakyat jelata diketepikan.

Kaum India Malaysia sudah bosan dengan Samy Velu. Sungguhpun sudah ramai rakan-rakan Menteri yang kontemporari dengannya sudah mengundur diri,Samy Velu ingat yang dia masih disayangi oleh kaum India,oleh itu dia masih mahu bergayut dengan gomen sebagai menteri. Walhal rata-rata sudah meluat dengan muka Samy Velu itu. Samy Velu sudah hilang kredibiliti dan masa saja akan menentukan kepupusannya. Satu-satu petikan Samy Velu yang masih aku ingat ialah komennya terhadap Pos Laju,katanya "besok kirim,hari ini sampai" Apakah Samy Velu tak sedar yang dia "hari ini ada,besok hari sudah pooochi...lah"

Kalau Pat Lah boleh minta Peguam Negara mengugurkan tuduhan membunuh terhadap penyokong-penyokong Hindraf itu maka atas dasar simpati dan belas kasihan Pat Lah boleh juga mengarah Peguam Negara mengugurkan tuduhan-tuduhan terhadap Azaman,Swandi,18 orang penyokong PAS dan ramai penyokong Bersih yang terlibat dengan perhimpunan aman tempoh hari.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Ali,

Indian support for BN in Ijok was a clear cut proof that we Indians still support BN come what may. It goes to show that you give them money,all will forgotten. BN is smart ass & rich too,they will buy all the Indian votes & put Samy Velu in Parliment again. To the Indians its a choice between food on the table or go hungry.

Hindraf is only temporary & will never survive with its leaders in Kamunting rest assured they wont kacau again.

Anonymous said...

Jangan U sure sangat yang orang2 India akan sokong BN kali ini.
Sedangkan kerajaan Kongres India boleh kalah ini pula BN.