14 August 2007

Takziah dan ntv7 pun lintang pukang.....

Salam takzaiah kepada keluarga-keluarga 19 orang yang maut dalam kemalangan bas ekpress di lebuhraya dekat Bukit Gantang kelmarin. Bas Super Express dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang itu telah digunakan sejak 1987 ,gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu. Sedangkan pemandunya pula mempunyai 15 saman dan dua waran tangkap.

Apa dah jadi, JPJ,Puspakom,Polis & Kementerian Pengakutan dok tidur lagi kah? Macam mana bas dengan rekod yang begitu buruk masih dibenarkan untuk dipakai? Sudah tentu ada kira-kira bawah counter punya antara syarikat bas dengan pihak-pihak tertentu. Sekarang ini batal saja lesen syarikat tersebut,kalau setakat memberhentikannya buat seketika tidak memadai jika dibanding dengan tragedi yang berlaku itu,di mana 19 nyawa terkorban sia-sia saja.

Kalau tegur depa marah,bila dah berlaku kemalangan begini depa naik gelabah,mula tuduh orang ini dan itu. Itulah budaya jabatan-jabatan gomen yang ada hari ini.



Dalam siaran berita ntv7 semalam,ditunjukkan gambar nahas dan caption yang ditayang di kaca tv adalah seperti berikut,"PM: BUS DRIVERS MUST BE AS HEALHY AS PILOTS"

Apa maksud HEALHY? "Healthy" kot. Membuat kesilapan di kaca tv yang ditonton ribuan penonton,termasuk pelajar-pelajar sekolah agak memalukan,mungkin editornya tertidur ketika itu.


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Sebenarnya, apabila seseorang itu sudah berada di atas(Pemimpin), baru seseorang itu tahu ada berapa banyak masalah yang perlu diatasi.

Alhamdulillah... pemimpin yang ada di Malaysia ini mempunyai kelayakan akademik jika dibandingkan dengan Presiden AS(contoh)

Manakala yang banyak cakap(atau menulis blog-blog macam disini) adalah merupakan seseorang yang mungkin hanya memimpin isteri dan anak, atau memimpin adik-beradik.

Apabila seseorang itu memahami masalah, dan bersama-sama memikirkan jalan penyelesaian dan juga turut menjayakannya, maka Malaysia akan menjadi maju oleh kerana rakyatnya sendiri.

Saya bukanlah pemimpin mana-mana parti politik atau pertubuhan, tapi masih belajar untuk berjaya dalam perniagaan. Banyak tanggungjawabkan?

Jadi bersama-samalah kita fikirkan untuk kemajuan bersama. Terima kasih.